Kelas Mencari Maklumat di Internet (Ulangkaji) Pelajar Tingkatan 4 SMK Semop & Tayangan Video KDB

16 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Oktober 2018 yang lalu, Pusat Internet (PI) Semop telah mengadakan Kelas Mencari Maklumat Melalui Internet (Ulangkaji) kepada Pelajar Tingkatan 4 SMK Semop & KDB. Kelas ini bertempat di Bilik Belajar Pusat Internet Semop dari jam 3.00 hingga 5.00 petang. Kelas ini telah di sertai oleh 6 orang pelajar yang berumur 16 tahun yang merupakan pelajar dari SMK Semop.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah Tayangan Video Klik Dengan Bijak (KDB) dan mencari maklumat untuk peperiksaan Bahasa Melayu & Bahasa inggeris yang akan diduduki pada minggu tersebut. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk penggunaan internet secara positif, kepada pelajar Tingkatan 4 yang terdiri dalam kelas tersebut. Oleh itu, pihak PI selitkan sekali Taklimat & Tayangan Video KDB yang merupakan inisiatif PI dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) menggalakkan pengguna yang bijak di kalangan masyarakat.

Good Luck & semoga berjaya semua.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali